Jabatan Pendidikan Negeri Perakalu
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
YBhg. Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,
MAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA, KINTA SELATAN DAN KUALA KANGSAR SUSULAN KEADAAN JEREBU
Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di stesen pemantauan CA11A - Tasek Ipoh setakat jam 11.00 pagi, 9 Oktober 2026 telah menunjukan bacaan IPU 180. Sehubungan itu semua institusi pendidikan bawah KPM di Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara, Kinta Selatan, dan Kuala Kangsar ditutup serta merta bagi sesi petang.
Sehubungan itu:
1. Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah PPD Kinta Utara, Kinta Selatan dan Kuala Kangsar ditutup.
2. Sekolah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.
3. Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR).
4. Ibu bapa/ penjaga dimohon mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan.
5. Ibu bapa/ penjaga juga dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berkaitan pembukaan sekolah dan hanya merujuk kepada makluman rasmi JPN Perak.
6. PPD terlibat dimohon memastikan makluman ini disampaikan kepada semua sekolah, institusi pendidikan, guru, AKP, ibu bapa/penjaga dan murid di daerah masing-masing.
7. Pihak sekolah hendaklah terus membuat pemantauan keadaan semasa dan mengutamakan keselamatan, kesihatan serta kebajikan murid dan warga pendidikan.
Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

No comments:
Post a Comment